Masihkah pengikut PAS ingat?

Masihkah pengikut PAS ingat?

Saturday

PAKU DULANG PAKU SERPIH! MENGATA UMNO, PAS YANG LEBIH!

Pakatan Penipu. Apa dah jadi kat ADUN PAS sekarang? Sebelum ini mereka kata ADUN UMNO yang tak bermoral, masuk politik sebab nak kumpul harta, minum arak, kaki perempuan… Tetapi bila kena batang hidung sendiri, rupa-rupanya PAS tidak cukup ilmu dalam nak membimbing wakil rakyat sendiri kepada kehidupan telus, jujur dan berpolitik ikut cara Islam.

Semalam TheMalaysianInsider mendedahkan ADUN Melor ada kemungkinan memiliki harta lebih RM3 Juta. Isteri kedua yang dinikahi dulu diceraikan kemudian membuat tuntutan mutaah terhadapnya. Rujuk bekas isteri DUN Melor tuntut RM3 Juta

Dalam pengakuan bekas isterinya yang berketurunan kemboja itu bagitau yang ADUN Melor ini memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya…. Hanya dokumen saja tak ditunjukkan.

Tidak apalah, kalau ada puak PAS yang nak bela ADUN Melor ni terpulanglah. Cuma kita harap kalau ADUN Melor ini menafikan sementara isteri mualafnya berkata benar, kita tahulah apa sifat-sifat pemimpin PAS sekarang. Bukankah orang-orang PAS selalu berkata benar terutama ketika buat takzirah politik menjelang pilihanraya….

Fikir-fikirlah, kalau ada yang kata PAS tak sama dengan UMNO daripada segi hukum Islam memang mereka lagi alim pada zahirnya, tetapi hakikatnya mereka juga tidak lari dari sifat-sifat yang mereka sendiri kejikan..


September 29, 2010

KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

“‘Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

“Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

“Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat,” katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.

Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.

Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.

Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.

Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4. Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616 undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.
Baca, faham, selidiki dan sebarkan kpd rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dgn taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita!

No comments:

Post a Comment