Masihkah pengikut PAS ingat?

Masihkah pengikut PAS ingat?

Wednesday

IDEOLOGI KOMUNISME YANG KIAN SUBUR DI TANAHAIR TERCINTA!

Pakatan Penipu.

LAMBANG 'BINTANG 3' DALAM SURAT RASMI PAKATAN PENIPU DI SELANGOR !

Tahniah bloger GWM kerana berjaya mendedahkan surat pekeliling kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan agar setiap surat rasmi diletakkan lambang 'shine bintang 3' . KENAPA BINTANGNYA 3 ?

Adakah ini simbolik kepada kebangkitan fahaman komunisme dalam pakatan yang dianggotai oleh PAS,DAP dan PKR.

Idelogi lambang dalam mempopularkan 'perjuangan' sudah bertapak lama dalam sejarah manusia. Karl Marx merupakan pengasas ideologi komunis di dunia.

Juga digelar bapak komunis antarabangsa.

Agenda Marxisme ini pula terus subur dalam pentadbiran negara komunis China. Presiden Mao Tse Tong dianggap sebagai bapa pemodenan China. Buku 'The Red Book' yang dipeloporinya merupakan kitab suci bagi setiap keluarga di China.

PAP partai sayap komunis di Tanah Melayu meneruskan perjuangan Komunisme. Bapak komunis Asia Tenggara, iaitu Lee Kuan Yew pernah menjadi dalang besar membiakkan fahaman komunis di Tanah Melayu.

Apa agenda komunisme di Tanah Melayu ?

MALAYSIAN MALAYSIA

Agenda yang diteruskan oleh DAP selepas Tunku menghalau Singapura keluar dari Malaya. PERISTIWA 13 Mei 1969 meletus kerana kesundalan DAP menghasut rakyat untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

DAP dan komunisme umpama aur dengan tebing. Komunisme tidak percaya kepada kehidupan beragama.

Hari ini DAP dan PAS adalah bersaudara, sehati dan sejiwa.

DAP menolak agama Islam, DAP menolak Melayu. PAS adalah jaguh menjual kalimah ALLAH.

Percayakah anda, DAP satu-satunya parti politik di Asia Tenggara yang menganggotai pertubuhan keanggotaan gabungan fahaman komunisme dan zionisme yang diketuai oleh Ehud Barak ?

Hari ini lambang 'shine bintang 3' sudah bersinar di bumi Selangor.

Hebatnya DAP. Secara halus mereka cuba menghancurkan kita khasnya orang-orang Melayu.Apakah kita masih mahu BERPELUK TUBUH dan BERDIAM DIRI?

Baca, faham, selidiki apa yang kami paparkan. Sebarkan kpd rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dgn taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita!

1 comment: