Masihkah pengikut PAS ingat?

Masihkah pengikut PAS ingat?

Monday

SAMAN ADALAH PEKERJAAN UTAMA MAZLAN ALIMAN

Pakatan Penipu. Mazlan Aliman pekerjaan utamanya adalah mencari keuntungan melalui saman. Maklumlah bertanding pilihanraya dah beberapa kali tapi tak pernah menang. Mazlan Aliman sendiri tidak diterima oleh peneroka Felda Bukit Ramon, Kota Tinggi, Johor. Menceritakan keburukan FELDA tetapi ladang sawit peninggalan arwah bapa dan abangnya masih menggunakan khidmat FELDA. Menghasut orang lain keluar dan menyaman FELDA tetapi dia sendiri? Lu Pikir Lah Sendiri..Siapa Ini Manusia Bernama Mazlan Aliman gila nak jadi Wakil Rakyat dan Tak Sedar Diri. Manusia tak mengenang budi yang menggunakan segala faedah yang diberikan oleh FELDA!

Kalau dia berani, kenapa dia tak ajak peneroka FELDA Bukit Ramon, tempat asal dia menyaman FELDA???

 
********************************************************************
Dipetik daripada Blog Lujnah Ulama PAS Pahang.

TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman sebentar tadi, melalui peguamnya Wan Rohimi Wan Daud telah memfailkan saman kepada empat pihak berjumlah RM20 juta.
Pihak-pihak tersebut ialah Awang bin Sulong (pengurus Felda Lembah Klau), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Inspektor Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia.

Hasut peneroka saman sana sama sini. Yang untung dia dan peguam. Yang rugi peneroka.
Menurut Wan Rohimi, saman tersebut difailkan kerana terdapat penyalahgunaan kuasa serta berkonspirasi dengan polis bagi menangkap Mazlan pada 9 Mac lalu di Felda Lembah Klau.

Polis pula didakwa telah membuat “false imprisonment” atau penyalahpenjaraan terhadap Mazlan sehingga terpaksa merengkok selama dua hari di Lokap IPD Raub.

Turut hadir mengiiringi Mazlan Aliman adalah pimpinan pakatan rakyat , Peguam Suhaimi Said (pengerusi Biro Felda PKR negeri Pahang), Peguang Nizam Hamid (Ketua Cabang PKR Temerloh), Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS negeri Pahang, Ust. Che Zuhar (Jawatankuasa penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat), Ust Johari Ishak (Bendahari DUP Pas negeri Pahang), Ust Aris Faizol dan 100 orang peneroka felda seluruh negeri Pahang.

Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda, PKR
Letak gambar dia besar-besar dan berulang supaya peneroka kenal mamat ni.
Senang sikit nak halau dan ludah bila dia masuk rancangan Felda nanti!!!
Selepas disaman lebih 700 peneroka pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said (foto). Katanya, jumlah peneroka yang akan tampil kali ini dijangka mencecah angka ribuan, terutamanya daripada rancangan Felda daripada Johor dan Pahang. “Mereka (peneroka) sudah lama sedar (berlaku penipuan).

Tetapi mereka tak ada punca hendak bawa kes. Ada yang sudah buat laporan polis sejak 10 tahun lepas lagi,” kata Suhaimi. “Tetapi waktu itu mereka tak tahu siapa boleh bantu. Lepas ini, banyak lagi akan tampil menyaman Felda. Di Pahang saja kita jangkakan sekurang-kurangnya 4,000 peneroka akan terlibat” tambahnya lagi.

Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu. Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa “wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit” selama 15 tahun. Menurut peguam Sivarasa Rasuah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9% sedangkan nilai sebenar antara 24% hingga 25%.

**********************************************************************
Baca, faham, selidiki dan sebarkan kpd rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dgn taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita!

No comments:

Post a Comment