Masihkah pengikut PAS ingat?

Masihkah pengikut PAS ingat?

Monday

SAMAN IS MAZLAN ALIMAN!

Pakatan Penipu kian kehabisan idea untuk menipu rakyat. Mazlan Aliman, Presiden Pertubuhan Haram, ANAK yang juga AJK PAS Pusat yang telah kalah secara hina sebanyak lima kali dalam pilihanraya umum kini cuba mencari publisiti murahan. ANAK ditubuhkan sebagai NGO walhal ia sebenarnya adalah Gerakan Pakatan Penipu untuk menipu rakyat. Publisiti yang cuba Mazlan Alim Kucing itu buat bertujuan untuk menaikkan nama dia disamping mencari dana (maklumlah dia kan jaguh usahawan pembolot) dan sudah tentu golongan sasaran adalah secara berkelompok dan mudah ditipu iaitu peneroka FELDA dan FELCRA. Melalui saman ke atas Felda melalui peguam Wan Rohimi yang dimenangi sebanyak RM200 juta, dengar khabarnya Mazlan Aliman ada "share" juga dengan Wan Rohimi yang dapat 30% daripada RM200 juta. Banyakkan?

Sebab itulah ramai peguam termasuklah Bar Council suka sangat menyokong Pakatan penipu ni. Sampai ada ahli Bar Council yang sanggup melakukan pembunuhan yang paling kejam tahun ini iaitu kes Peguam Kejam yang telah membunuh Allahyarham Datuk Sosilawati dan 3 mangsa di Ladang Gadong, Banting.

Kerja Pakatan Penipu sekarang ialah tipu rakyat supaya saman agensi kerajaan dan mereka mendapat keuntungan percuma. Nak saman sesama sendiri jawabnya semua tak berduit. Jadi untuk mendapatkan dana secara mudah, mencari apa saja kesalahan pihak kerajaan, tipu rakyat dan suruh mereka saman manakala peguam adalah mereka!


Buku terbaru ANAK oleh Peguam Wan Rohimi yang diedarkan di seluruh tanah rancangan Felda. Buku ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan peneroka kepada pihak Felda supaya mereka akan menyaman Felda. Kini peneroka Serting dan Maokil yang dah terpengaruh menyaman Felda. Saman is kerja Mazlan Aliman!
Inilah manusia yang bernama Mazlan Aliman yang tidak diterima di tempat sendiri di Felda Bukit Ramon. Malahan adik-beradik dia sendiri sudah tak mempercayai dia apatah lagi rakyat marhaen! Nampak muka ini di mana-mana, sila LUDAH beramai-ramai...

MODUS OPERANDI WAN ROHIMI : MEMBELA ATAU MENGAUT KEUNTUNGAN


Berikut adalah antara kandungan perjanjian Wan Rohimi dengan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 dan tidak mustahil cara yang sama atau kandungan perjanjian yang sama akan digunapakai oleh Wan Rohimi untuk kes-kes menyaman FELDA pada masa akan datang.

Peneroka telah diminta supaya memberi kuasa mutlak yang tidak boleh dibatalkan (irrevocable) kepada pihak peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Pemberian kuasa mutlak seperti ini samalah seperti kita menyerahkan jiwa dan raga kita kepada tangan seseorang untuk ditentukan nasibnya. Dengan memberi kuasa mutlak begitu, peneroka sebenarnya tidak boleh menarik diri atau bertukar fikiran. Soalnya mengapa peneroka sanggup melakukan hal sedemikian sedangkan mereka boleh menentukan syarat perjanjian yang tidak merugikan dan kurang bebanannya kepada para peneroka sendiri?

Peneroka berjanji akan membuat apa sahaja bayaran dalam masa yang ditetapkan oleh persatuan yang mewakili mereka berkenaan kos guaman dan pengurusan serta lain-lain bayaran yang dituntut oleh pihak peguam. Ini juga merupakan satu ikatan janji yang berat sebelah. Pihak peguam yang mewakili peneroka keluar masuk rancangan dengan memandu kereta mewah, tinggal di hotel mewah dan makan di restoran mewah yang mana semuanya keluar daripada poket peneroka sendiri. Para peneroka pula pergi ke mahkamah dengan menaiki kereta yang disewa dan terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri bagi urusan berulang-alik ke mahkamah.

Peneroka dengan sukarela berjanji tidak akan menarik diri daripada kes ini dan jika menarik diri, peneroka akan tetap bertanggungjawab membayar segala kos mahkamah yang bakal dikenakan dan kos guaman sebanyak RM5,000.00 seorang. Ini bermakna, peguam akan dapat 30% bahagian mereka dan jika kalah peneroka masih tetap akan membayar sebanyak nilai yang ditetapkan. Dalam kedua-dua keadaan itu, peneroka sebenarnya akan menanggung kerugian tetapi sebaliknya para peguam akan terus memandu kereta mewah mereka dengan senyuman lebar ke mesin ATM.

Perjanjian tersebut juga menyatakan bahawa, perjanjian itu akan mengikat waris-waris dan wasi mereka. Ini bermakna jika mereka gagal di mahkamah dalam tuntutan mereka dan dalam tempoh itu peneroka meninggal dunia, para waris (anak-anak peneroka) masih tetap perlu membayar kos guaman yang telah ditetapkan. 
Terima kasih kepada Bloggers Generation Cyber di http://generationcyber.blogspot.com/
Baca, faham, selidiki dan sebarkan kpd rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dgn taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita! Nak tahu tentang Mazlan Aliman, tanyalah orang Felda Bukit Ramon. Mazlan Penipu!

No comments:

Post a Comment