Masihkah pengikut PAS ingat?

Masihkah pengikut PAS ingat?

Wednesday

KALAU TAK MENIPU ITU BUKANNYA PAKATAN RAKYAT!

Semporna nafi calon Nurul Izzah tanding timbalan
Abdul Rahim Sabri | Oct 14, 10 12:01pm

PKR cabang Semporna tidak menghantar senarai pencalonan jawatan tinggi parti kerana pegawas dari jawatankuasa pemilihan pusat (JPP)  berkata beliau sendiri akan menyerahkannya kepada ibupejabat parti, kata ketua cabang tersebut, Md Abdul Wahab Abdullah.

"Kita tahu tarikh (akhir serah senarai calon pada 10 Oktober), tapi pengawas JPP kata dia akan bawa sendiri cadangan (pencalonan) ke ibupejabat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kegagalan cabang tersebut menyerahkan senarai pencalonan jawatan tinggi parti kepada ibupejabat.

Semporna juga menjadi tumpuan ekoran tersebarnya laporan yang mengatakan cabang itu mencalonkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, Md Abdul Wahab menafikan bahawa cabang itu mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, Semporna mencalonkan naib presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dicalon mengekalkan jawatan presiden. Antara calon naib presidennya pula ialah ketua cabang Tuaran, Ansari Abdullah dan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Ditanya mengenai laporan yang menyebut bahawa cabangnya telah mencalonkan Nurul Izzah bagi jawatan timbalan, Md Abdul Wahab berkata beliau tidak tahu siapa yang bertanggungjawab membuat kenyataan tersebut.

Katanya, pengundian dibuat secara angkat tangan bagi mempercepatkan proses pemilihan tersebut.

"Pengundian itu dibuat di pejabat parti. Lebih 50 ahli hadir mengundi," tambahnya.

http://www.malaysiakini.com/news/145300


PS : Inilah kerja Pakatan Menipu. Menipu tak habis-habis. Kesian Anak Anwar Ibrahim ni...Sebab sokong Zaid Ibrahim maka Bapak sendiri sangup bersekongkol dengan Setiausaha PKR paling bengap, Saifuddin Nasution! Yang pasti si Nuar tetap mahukan Azmin Ali menang sebagai Timbalan Presiden PKR...

Baca, faham, selidiki dan sebarkan kpd rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dgn taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita!

No comments:

Post a Comment